25-27 April 2024 | The Jerai Hotel, Sungai Petani
Bahagian Pembangunan Ekonomi PERDA telah menganjurkan Kursus Pemasaran Platform E-Commerce Shopee pada 27-27 April 2024 bertempat di The Jerai Hotel, Sungai Petani.
Bahagian Pembangunan Ekonomi PERDA telah menganjurkan Kursus Pemasaran Platform E-Commerce Shopee pada 27-27 April 2024 bertempat di The Jerai Hotel, Sungai Petani.
Kursus ini bertujuan memberikan pendedahan maksima kepada usahawan tentang kelebihan dan kekuatan strategi pemasaran secara digital dengan kos rendah dan efektif disamping memberikan kesedaran kepada usahawan supaya tidak hanya bergantung pada hanya satu cara & strategi pemasaran sahaja. Semua peserta juga didedahkan dengan latihan teknikal secara hands-on semasa kursus.
Kursus ini dirasmikan oleh Tuan Haji Mohd Asri bin Baharum, Pengurus Besar PERDA dan penceramah yang sangat berpengalaman dan mempunyai pengetahuan luas dalam bidang pemasaran digital telah dilantik untuk mengendalikan kursus yang berlangsung selama 3 hari 2 malam ini.
GALERI GAMBAR