27 - 28 Januari 2024 | Hotel Bahang Bay
Program Visit My Kampung kembali lagi pada tahun ini dan akan dilaksanakan di Homestay Sungai Setar dan Homestay Sungai Duri.
Program ini bertujuan sebagai booster untuk semangat dan nafas baru untuk kembali beroperasi dengan lebih aktif selepas sektor pelancongan terkesan dengan pandemik Covid-19.
Bengkel Perancangan Program Visit My Kampung ini membincangkan perincinan aktiviti berdasarkan tarikan tersendiri di homestay masing-masing.
Program ini juga merupakan salah satu inisiatif yang telah diluluskan diperingkat Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dibawah Program My Desa My Destination (MDMD).
Terima kasih MOTAC Pulau Pinang yang turut bersama-sama selama 2 hari bagi percambahan idea dan kerjasama bagi menjayakan Program Visit My Kampung Homestay Pulau Pinang.
GALERI GAMBAR