4 September 2024 | Midtown PERDA, Kubang Menerong
Workshop Tiktok Shop ini telah diadakan di Midtown PERDA, Kubang Menerong.
Penganjuran Workshop Tiktok ini adalah kerjasama diantara Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) bersama Tiktok Shop dalam memastikan usahawan bimbingan PERDA mengetahui dengan lebih jelas panduan perniagaan secara dalam talian melalui akaun Tiktok Shop.
Tujuan penganjuran ini adalah bersempena EXPO PERDA Tahun 2024(EXPERT24) yang akan diadakan pada 26-29 September 2024. Setiap peserta program ini akan diberikan platform jualan bagi sesi Live Tiktok di studio Tiktok Shop yang akan berlangsung semasa EXPERT24.
Peserta program ini juga diberikan pendedahan mengenai strategi pemasaran yang berkesan berkaitan teknik mencipta kandungan yang menarik minat pelanggan. Selain itu, peserta diajar mengenai kaedah memahami algoritma jualan secara efektif di Tiktok Shop.
GALERI GAMBAR