29 - 31 Januari 2024 | Hotel Royale Chulan, Pulau Pinang
Bengkel Kajian Keperluan Pengguna (URS) bagi Projek Perkhidmatan Sistem ePerolehan PERDA (eP@PERDA) telah diadakan pada 29 hingga 31 Januari 2024 bertempat di Royale Chulan Hotel, Pulau Pinang.
Tujuan bengkel adalah untuk mengumpul data dan maklumat keperluan sistem yang akan dibangunkan bagi memastikan penyampaian perkhidmatan PERDA lebih cepat, tepat dan mencapai objektifnya.
Tujuan bengkel adalah untuk mengumpul data dan maklumat keperluan sistem yang akan dibangunkan bagi memastikan penyampaian perkhidmatan PERDA lebih cepat, tepat dan mencapai objektifnya.
Bengkel ini telah dianjurkan oleh Syarikat Ikhlas Kekal Sdn. Bhd. dengan kerjasama Bahagian Teknologi Maklumat PERDA yang melibatkan 32 orang peserta dari pelbagai unit dan bahagian.
Perasmian bengkel ini telah disempurnakan oleh Pengurus Teknologi Maklumat, Puan Hereti binti Desa yang turut dihadiri juga oleh Encik Edrus bin Mohammad selaku Ketua Pengarah Projek dari Syarikat Ikhlas Kekal Sdn. Bhd. bersama pasukan projek.
Kredit Foto : Azrim Ariffin
GALERI GAMBAR