Program PERDA Santuni Komuniti Madani #PERDA Di Hati

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
30 Jun 2024   |   Simpang Ampat, Pulau Pinang
 
Program PERDA Santuni Komuniti Madani #PERDA Di Hati telah berjaya dilaksanakan sebanyak enam (6) siri pada tahun 2023. Seramai lebih dari 4,000 orang masyarakat khususnya dalam kalangan komuniti luar bandar telah menerima manfaat hasil daripada pelaksanaan program ini. Sehubungan dengan itu, kesinambungan kejayaan pelaksaan program ini diteruskan lagi dengan pelaksanaannya pada tahun 2024 ini agar manfaat kepada komuniti luar bandar dapat diteruskan.

Pelaksanaan Program PERDA Santuni Komuniti Madani #PERDA Di Hati kali ini merupakan siri keempat bagi pelaksanaannya pada tahun 2024 ini. Siri pertama, kedua dan ketiga telah selesai dilaksanakan di kawasan Bertam, kawasan Batu Maung dan kawasan Sungai Bakap pada bulan Mac dan awal Jun yang lalu.

Sepertimana pelaksanaanya sebelum ini, program PERDA Santuni Komuniti Madani ini merupakan salah satu inisiatif daripada pihak PERDA dalam usaha untuk membantu dan mensejahterakan masyarakat khususnya komuniti luar bandar. Program ini dilaksanakan khusus bersama komuniti dengan pendekatan mendekati kumpulan sasar ini agar turut sama menerima manfaat serta informasi terkini berkenaan inisiatif dan perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan.

Disamping itu, program ini juga merupakan inisiatif PERDA untuk turun padang bagi merapatkan hubungan agensi dengan masyarakat serta menjadi platform menghebahkan pelbagai program dan aktiviti PERDA kepada golongan sasar.

Komuniti luar bandar merupakan salah satu komponen kumpulan sasar terbesar dan PERDA akan memastikan segala manfaat serta faedah daripada pelaksanaan program/projek yang dilaksanakan turut dapat di nikmati oleh kumpulan sasar ini.

Program seperti ini turut dirancang untuk diadakan di kawasan-kawasan terpilih di sekitar negeri Pulau Pinang dan dijangka selesai siri pelaksanaannya bagi tahun 2024 ini pada bulan Oktober nanti.

Lokasi pelaksanaan program adalah tertumpu di kawasan kampung dan pinggir bandar agar hasrat PERDA untuk memastikan masyarakat luar bandar mendapat manfaat menerusi pelaksanaan program ini tercapai.

Pengisian untuk siri pelaksanaan program ini akan melibatkan aktiviti kecergasan fizikal, jualan Agro Madani, aktiviti cabutan bertuah, pertandingan komuniti serta lain-lain aktiviti berkonsepkan kekeluargaan dan kemasyakaratan.

Dengan kerjasama pihak FAMA jualan rahmah juga diadakan di mana para pengujung dapat menikmati penjimatan harga barangan komoditi terpilih di antara 10% - 30% daripada harga pasaran.

Secara amnya, program ini mensasarkan penglibatan seramai 10,000 ribu orang kumpulan sasar menerusi pelaksanaannya bagi tahun 2024 yang terdiri daripada kepimpinan kampung dan masjid, penduduk setempat, para pelajar, ibu bapa serta kanak-kanak.

Sempena program kali ini juga turut diadakan Majlis Pelancaran TVET Tahfiz @ PERDA-TECH Tahun 2024. TVET Tahfiz ini merupakan salah satu program yang turut diadakan di peringkat Kementerian Kemajuan Desa & Wilayah (KKDW). Program ini diwujudkan untuk memberi peluang kepada para pelajar tahfiz untuk mempelbagaikan kemahiran serta pada masa yang sama dapat meneruskan pengajian hafazan sepanjang sesi pengajian berlangsung (Tahfiz Al-Quran).

Bidang pengajian yang ditawarkan menerusi Program TVET Tahfiz di PERDA-TECH ini adalah Sijil Kemahiran Malaysia (SKM Tahap 3) yang melibatkan:-
  1. Teknologi Automotif
  2. Teknologi Kimpalan
  3. Teknologi Elektrik
Para pemohon yang berjaya ditawarkan untuk mengikuti pengajian di bawah Program TVET Tahfiz ini akan mengikut sesi pembelajaran selama 2 tahun.

Sesi pengajian untuk tahun 2024 ini djiangka akan bermula pada 15 Julai 2024 dan PERDA-TECH mensasarkan seramai 25 – 30 orang pelajar untuk mengikuti sesi pengajian pada kali ini.

GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2024

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2024 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.