21 April 2024 | Dewan Gerakan Masyarakat Kampung Sungai Duri, Jawi
Program ini merupakan salah satu anjakan promosi kepada pengusaha homestay untuk lebih berdaya saing dalam sektor pelancongan tempatan selepas terkesan dengan pandemik Covid-19.
Selain itu, PERDA juga telah mewujudkan kerjasama strategik bersama pemain industri pelancongan tempatan dan antarabangsa bagi memasarkan pakej pelancongan homestay Pulau Pinang.
Program Visit My Kampung sangat bermakna kerana bukan sahaja telah mendapat sokongan dari pada KKDW, bahkan telah diterima untuk disenaraikan didalam kalendar aktiviti pelancongan di MOTAC Pulau Pinang.
Pada hari ini juga, MOTAC Pulau Pinang turut membawa peserta - peserta MM2H (Malaysia My 2nd Home) dari pelbagai negara untuk turut bersama- sama menikmati pengalaman beraya dengan menikmati pelbagai juadah tradisi serta menyelami cara hidup masyarakat disini.
Majlis telah dirasmikan oleh YBhg, Dato' Ir. Dr. Shaik Hussein Mydin, Pengerusi PERDA. Turut hadir bersama, Tuan Haji Mohd Asri Baharum, Pengurus Besar PERDA, YBrs. Dr. Annuar Mohamed, Pengarah MOTAC Pulau Pinang, YBrs. Encik Mohamad Shahrrul Shafie, Wakil Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, YBrs. Tuan Haji Abdul Rahman Desa, Penyelaras Homestay Sungai Duri.
Terima kasih kepada semua dan Selamat Hari Raya.
GALERI GAMBAR