Sesi Dialog Belanjawan 2025 Bersama Kementerian Kemajuan Desa & Wilayah (KKDW)

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
6 September 2024   |   Ibu Pejabat PERDA

Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) telah menganjurkan Sesi Dialog Belanjawan 2025 bersama pemain industri dan pihak berkepentingan. Sesi ini telah dihadiri oleh pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan, wakil industri, NGO, dan ahli akademik, yang berkongsi pandangan bernas dalam usaha memantapkan persiapan Belanjawan 2025.

Program dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh YB Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah. Beliau menekankan pentingnya kerjasama semua pihak dalam memastikan belanjawan yang lebih inklusif dan menyeluruh dapat dirangka.

PERDA juga turut serta dalam program inj dengan kehadiran 120 orang peserta. Sesi dialog interaktif berlangsung dengan lancar, di mana para peserta memberikan input yang konstruktif bagi memperkukuhkan dasar dan inisiatif yang akan dimasukkan dalam Belanjawan 2025. Perbincangan juga melibatkan isu-isu kritikal yang memberi impak kepada pembangunan desa dan wilayah.

Kesimpulannya, program ini telah berjaya mencapai objektifnya dalam mengumpul maklum balas daripada pelbagai pihak berkepentingan, yang bakal membantu dalam penyediaan Belanjawan 2025 yang lebih berkesan dan strategik.
GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2024

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2025 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.