21 - 23 Jun 2024 | Hotel Bahang Bay
PERDA mengadakan Bengkel Bina Modul Program Lonjakan SPM 2024 pada 21-23 Jun 2024 bertempat di Hotel Bahang Bay.
Seramai 35 orang guru pakar sekitar Pulau Pinang diundang bagi membangunkan modul bagi 7 subjek iaitu Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Biologi, Fizik, Kimia dan Matematik Tambahan.
Modul yang dibangunkan ini akan digunakan semasa Program Lonjakan SPM yang dijangka akan dilaksanakan bermula bulan Oktober 2024 oleh 3 agensi iaitu PERDA, ICU JPM dan Zakat Pulau Pinang.
Para guru yang ditugaskan ini akan membantu para pelajar dengan mengajar tips dan teknik menjawab soalan SPM bersandarkan kepada pembangunan modul ini.
Diharapkan usaha yang dilaksanakan ini dapat membantu anak-anak kita memperoleh keputusan yang lebih baik bagi SPM tahun ini.
GALERI GAMBAR