3 - 6 Januari 2024 | Negeri Sembilan
PERDA mengadakan Kursus Protokol Pemanduan dan Keselamatan kepada anggota kerja yang terlibat bermula dari 3 sehingga 6 Januari 2024 bertempat di Eagle Ranch Resort, Negeri Sembilan.
Kursus yang disampaikan oleh Encik Azad Jasmi, Penceramah Profesional Automotif ini bertujuan memastikan semua pemandu serta pegawai keselamatan mematuhi undang-undang dan peraturan jalan raya semasa pemanduan secara konvoi mengikut etika yang betul di samping membentuk tingkah laku berhemah, cemerlang dan mempamerkan imej berketerampilan anggota kerja PERDA.
Perasmian kursus telah disempurnakan oleh Encik Amir Amri bin Ahmat, Pengurus Khidmat Pengurusan.
GALERI GAMBAR