3 Ogos 2024 | Kampung Selamat, Tasek Gelugor
Program ini meliputi dari segi aspek teori dan praktikal dalam menghasilkan set cadar single. Seramai 10 orang peserta telah menyertai program ini yang terdiri daripada wanita setempat dan ibu tunggal.
Dalam program ini, peserta dapat mengetahui dan memahami secara teori dan pratikal cara membuat pola cadar, sarung bantal dan sarung bantal peluk. Peserta juga dapat belajar teknik jahitan dengan cara yang betul.
Peserta juga akan diajar mengenai pengiraan kos pembuatan dan kos jualan serta menjadikan ia sebagai sumber pendapatan utama atau tambahan untuk menjana ekonomi.
Pelaksanaan kursus ini menjadi Hasrat KKDW agar masyarakat luar bandar berpeluang memperolehi ilmu-ilmu dan kemahiran.
Sehubungan dengan itu, Pusat Komuniti Desa menjadi platform untuk memperluaskan perkhidmatan dengan tagline “Satu Hentian Pelbagai Perkhidmatan” kepada masyarakat luar bandar.
Selamat maju jaya!
GALERI GAMBAR