Lawatan Penanda Aras EKSA di Jabatan Pendaftaran Negara Pulau Pinang (JPNPP)

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
29 Oktober 2024    |    Jabatan Pendaftaran Negara Pulau Pinang

Seramai 37 orang anggota PERDA yang diketuai oleh Encik Mohammad Affendi Bin Mohd Nor, Ketua Unit Komunikasi Korporat telah menghadiri Sesi Lawatan Penanda Aras Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) di Jabatan Pendaftaran Negara Pulau Pinang (JPNPP).

Deligasi PERDA telah disambut oleh Pengarah Pejabat Pendaftaran Negara Pulau Pinang, Puan Shah Inor Shahbudin.

Lawatan ini adalah bertujuan untuk mendapatkan pendedahan, pengalaman dan menggarap teori serta praktikal pelaksanaan EKSA di JPNPP yang akan dipraktikan di PERDA.

Taklimat berkaitan pelaksaan EKSA di JPNPP telah disampaikan oleh fasilitatior EKSA JPNPP, Encik Roslan Che Ghani.

Pelaksanaan EKSA adalah selari dengan aspirasi kerajaan untuk ‘Merakyatkan Perkhidmatan’ secara menyeluruh melalui pengurusan persekitaran pejabat yang mengambil kira kehendak dan ekspektasi pelanggan.

Ia juga dapat membantu JPA merancang dan melaksanakan usaha-usaha meningkatkan imej korporat secara positif, menggalakkan pembudayaan amalan hijau, menyemarakkan budaya kreativiti dan inovasi serta mewujudkan persekitaran tempat kerja yang kondusif.

Melalui pelaksanaan EKSA, warga PERDA akan dapat membina disiplin dan etika kerja yang baik yang akan menghasilkan prestasi kerja yang berkualiti tinggi serta memupuk semangat kerjasama berpasukan dan tolong-menolong antara satu sama lain.

Pelaksanaan EKSA dalam organisasi PERDA akan dapat mewujudkan suasana kerja yang lebih kemas, bersih, tersusun dan berimej korporat. Keadaan ini akan memberi impak ke arah peningkatan produktiviti PERDA, penambahbaikan kualiti penyampaian perkhidmatan serta membantu ke arah proses kerja yang lebih efektif dan mengurangkan kos operasi.

Keselamatan di tempat kerja juga akan lebih terjamin di samping dapat meningkatkan motivasi kerja warga PERDA.

Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah
GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2024

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2025 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.