Bengkel Pemantapan Usahawan Program Rural Apprentice Entrepreneurship PERDA (PREP)

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

19 - 20 Ogos 2024    |    Ulu River Lodge, Riverbug, Perak

Bengkel Pemantapan Usahawan Program Rural Apprentice Entrepreneurship PERDA (PREP) Siri 1 telah diadakan pada 19 hingga 20 Ogos 2024 bertempat di Ulu River Lodge, Riverbug, Gopeng, Perak Darul Ridzuan. Bengkel ini telah disempurnakan oleh Pengurus Pembangunan Ekonomi PERDA, Encik Mohd Hazahari bin Md Haris.

PREP merupakan satu inisiatif yang dirancang untuk memberi peluang kepada masyarakat Pulau Pinang bagi menjana pendapatan tambahan khususnya usahawan
baharu yang mempunyai kecenderungan, minat dan kesungguhan untuk menjadikan perniagaan sebagai sumber pendapatan tambahan.

Bengkel Pemantapan Usahawan PREP Siri 1 bagi tahun 2024 ini melibatkan para mentee daripada tujuh (7) bidang keusahawanan iaitu solekan, industri kafe, pastri & bakeri, gunting rambut muslimah, pembuatan perabot, pempengaruh & tiktokers serta pelancongan & hospitaliti (homestay).

Objektif pelaksanaan Bengkel Pemantapan Usahawan PREP Siri 1 ini adalah pembentukan jati diri usahawan bimbingan PERDA khususnya mentee program ini untuk menjadi usahawan yang lebih berdaya saing dan positif dalam mendepani cabaran menjadi seorang usahawan pada masa kini.

GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2024

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2025 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.