20 - 21 Jun 2024 | Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang
Antara objektif yang ingin dicapai ialah untuk :-
Kursus Instruksional Latihan Asas Pengajar Outcome Based Education (OBE) dan Pembangunan Pedagogi dan Andragogi kepada Tenaga Pengajar TVET Institut Kemahiran Tinggi PERDA (PERDA-TECH) telah dilaksanakan pada 20 dan 21 Jun 2024 dengan kerjasama Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia (USM).
Seramai 75 orang tenaga pengajar telah menghadiri kursus ini di USM Pulau Pinang.
Antara objektif yang ingin dicapai ialah untuk :-
- Menyediakan tenaga pengajar PERDA-TECH yang berkelayakan untuk mengajar pelajar PERDA-TECH di peringkat Sijil dan Diploma.
- Mengemaskini pengetahuan tenaga pengajar berkenaan Teknik pengajaran dan pembelajaran semasa.
- Memastikan tenaga pengajar mendapatkan pendedahan OBE setiap tahun.
GALERI GAMBAR