30 September 2024 | Ibu Pejabat PERDA
Perhimpunan Bulanan bagi Bulan September dan Majlis Bicara Ilmu telah diadakan pada hari ini bertempat di Dewan Mutiara Wawasan, Ibu Pejabat PERDA.
Pengurus Besar PERDA, Dato’ Haji Mohd Asri bin Baharum melalui ucaptamanya telah menyentuh tentang beberapa perkara termasuk pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA), prestasi pegawai serta prestasi perbelanjaan program dan projek pembangunan PERDA.
Pada hari ini juga berlangsung sesi penyerahan sumbangan zakat daripada Maybank Islamic Berhad kepada Institut Kemahiran Tinggi PERDA (PERDA-TECH). Upacara penyerahan zakat ini telah disempurnakan oleh wakil dari Maybank Islamic Berhad yang diketuai oleh Tuan Mohammad Yusof Abdul Rahim, Regional Director Penang, Kedah & Perlis yang telah menyerahkan replika cek bernilai RM30,000.00 kepada Pengurus Besar PERDA.
Dalam masa yang sama, Majlis Bicara Ilmu turut diadakan bersempena dengan Perhimpunan Bulanan pada kali ini. Di dalam sesi ini, pihak Lembaga Tabung Haji dan PERKESO telah dijemput untuk menyampaikan taklimat dan berkongsi ilmu kepada semua warga kerja PERDA.
GALERI GAMBAR