18 & 19 November 2024 | Pulau Pinang
PERDA telah menyumbang sebuah papan pintar interaktif kepada 2 buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Kongsi, Balik Pulau dan Sekolah Kebangsaan Lahar Yooi, Kepala Batas, Pulau Pinang dalam memastikan suasana pembelajaran yang interaktif dan moden berpandukan kepada teknologi digital masa kini di kawasan luar bandar dapat dirasai.
Inisiatif ini juga bertujuan untuk menerapkan minat pelajar terhadap aktiviti pembelajaran STEM dan membudayakan suasana pembelajaran digital.
Penyerahan papan pintar ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Wira Ir. Dr. Shaik Hussein bin Mydin, Pengerusi PERDA bersama-sama dengan YBhg. Dato’ Haji Mohd Asri bin Baharum, Pengurus Besar PERDA.
Diharapkan pelaksanaan Kelas Desa Bestari PERDA ini dapat mewujudkan nilai tambah dalam proses pembelajaran sekali gus berjaya menghasilkan modal insan yang berkualiti pada masa hadapan.
Smartboard ialah papan interaktif yang boleh digunakan dalam bilik darjah untuk meningkatkan pengajaran dan pembelajaran. Smartboard membolehkan guru dan pelajar untuk menulis, melukis, menyentuh, menggerakkan dan berinteraksi dengan pelbagai bahan digital seperti teks, imej, video dan audio.
GALERI GAMBAR