3 - 5 Disember 2024 | Ibu Pejabat PERDA, Butterworth
Minggu Program Rural Apprentice Entrepreneurship PERDA (PREP) Bersama Warga Kerja PERDA Tahun 2024 telah diadakan pada 3 hingga 5 Disember 2024 bertempat di Ibu Pejabat PERDA, Butterworth.
Minggu PREP Bersama Warga Kerja PERDA Tahun 2024 ini diserikan lagi dengan kehadiran Pengurus Besar PERDA, YBhg. Dato' Haji Mohd Asri bin Baharum yang turut meluangkan masa meninjau aktiviti mentee sepanjang pelaksanaan program ini.
Minggu PREP Bersama Warga Kerja PERDA ini merupakan satu inisiatif dalam memberi pendedahan awal berkaitan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh mentee PREP ini. Di samping itu, program ini juga bertujuan membentuk jalinan kerjasama antara mentee dan warga kerja PERDA dalam meluaskan jaringan skop perniagaan mentee dalam bidang masing-masing.
Minggu PREP Bersama Warga Kerja PERDA Tahun 2024 ini melibatkan para mentee daripada tujuh (7) bidang keusahawanan iaitu solekan, industri kafe, pastri & bakeri, gunting rambut muslimah, pembuatan perabot, pempengaruh & tiktokers serta pelancongan & hospitaliti (homestay).
Foto : Aswadi Bakar
GALERI GAMBAR