Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Antara Agensi KKDW Bersama Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd (BHPetrol)

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
23 September 2024    l   Putrajaya Marriott Hotel

Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd (BHPetrol) bagi tiga inisiatif strategik: pembangunan stesen minyak bagi pengedaran bahan api bersubsidi, pemasangan Panel Solar PV, dan penempatan produk Industri Kecil Sederhana (IKS) di BHPetromart. MoU ini melibatkan lapan agensi KKDW dan ditandatangani di hadapan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri KKDW, YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi bersama Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin.

BHPetrol akan melaburkan RM45 juta untuk membina sepuluh stesen minyak di lokasi terpilih, manakala MARA Inc. memperuntukkan RM1.5 juta untuk pemasangan Panel Solar PV di 50 stesen sedia ada. Inisiatif ini bertujuan menyokong matlamat Malaysia MADANI untuk mengurangkan pelepasan karbon dan serta ke aras teknologi hijau Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG).

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri KKDW menyatakan kerjasama ini membuka peluang baru bagi masyarakat luar bandar, meningkatkan kesejahteraan desa dan merancakkan ekonomi setempat. Dengan kerjasama ini, diharapkan golongan desa akan memperoleh kemudahan yang setara dengan masyarakat bandar dan menjana pendapatan.

Turut hadir, Timbalan Menteri KKDW YBhg. Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang, Ketua Setiausaha KKDW YBhg. Datuk Muhd Khair Razman bin Mohamed Annuar, Pengerusi Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) YBhg. Jeneral (B) Tan Sri Dato’ Sri Azizan bin Ariffin dan Ketua Pegawai Eksekutif BHP YBrs. Tuan Ir. Azizul Azily bin Ahmad.

GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2024

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2025 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.