PERDA dianugerahkan Sijil Pematuhan SAGA (Standard Accounting System for Goverment Agencies) dari Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

27 November 2024   |   Wyndham Acmar Hotel, Klang, Selangor 

PERDA antara 14 agensi kerajaan yang telah dianugerahkan Sijil Pematuhan SAGA bagi tahun 2023 - 2024.

SAGA membawa maksud "Standard Accounting for Government Agencies" atau dalam Bahasa Melayu, Sistem Perakaunan Standard bagi Agensi Kerajaan, yang merupakan satu piawaian yang telah ditetapkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia.

SAGA merangkumi sistem aplikasi perakaunan dan kewangan yang dibangunkan ataupun secara Commercial Off-The-Shelf (COTS) serta sistem sokongan berkaitan data kewangan yang berintegrasi dengannya.

Sistem aplikasi tersebut perlu mematuhi reka bentuk sistem aplikasi perakaunan dan kewangan yang diluluskan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia dan juga Kriteria Pematuhan SAGA yang telah ditetapkan.

Objektif SAGA adalah bagi memastikan penyata kewangan dapat disediakan dengan lebih cepat, tepat, kemas kini, berintegriti, mematuhi piawaian perakaunan yang diterima pakai serta memantapkan pengurusan perakaunan dan kewangan Agensi Kerajaan dan memastikan keselamatan sistem, data dan maklumat terjamin dari aspek kerahsiaan (confidentiality), integriti (integrity) dan ketersediaan (availability) iaitu data dan maklumat dilindungi, terpelihara, lengkap dan boleh diakses pada bila-bila masa.

Majlis telah dirasmikan oleh Akauntan Negera Malaysia, Pn. Nor Yati binti Ahmad C.A.(M).

Tahniah kepada anggota PERDA yang terlibat.

GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2024

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2025 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.