Program PERDA Perkasa Komuniti Bersama KRT Taman Sungai Dua Utama

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
20 Julai 2024    |   Taman Sungai Dua Utama, Sungai Dua
 
Pada 20 Julai 2024, PERDA telah mengadakan Program PERDA Perkasa Komuniti Bersama KRT Taman Sungai Dua Utama.

Objektif Program ini adalah untuk menggalakkan penglibatan komuniti setempat melalui program-program anjuran PERDA.

Disamping itu juga, menjalinkan hubungan baik dan kerjasama bagi projek-projek perumahan yang dilaksanakan oleh pihak PERDA. Selain itu, untuk mengetengahkan nama PERDA dan mewujudkan persekitaran yang harmoni.

Program ini telah dimeriahkan dengan kehadiran 70 orang penduduk dengan acara-acara menarik yang telah dirancang.

Program ini telah di rasmikan oleh Puan Massuria binti Mat Husin Pengurus Pembangunan Insan PERDA dan ucapan aluan dari Pengerusi KRT Taman Sungai Dua Utama Encik Abdul Rahim bin Ismail.




AKTIVITI 2024

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2025 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.