Kursus Pemantapan Transformasi Penulisan Laporan Tahunan & Pemantauan Projek Pembangunan PERDA:“Sinergi AI ChatGPT Dan QuillBot”

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
13 - 15 November 2024    |    MH Hotel, Ipoh

Kursus ini merupakan anjuran Bahagian Perancangan Strategik PERDA dan telah diadakan pada 13 hingga 15 November 2024 (Rabu-Jumaat) di MH Hotel Ipoh, Perak Darul Ridzuan melibatkan 35 orang pegawai PERDA. Jurulatih sepanjang kursus ini ialah Puan Rafizah dan dibantu oleh fasilitator Puan Azlin dan Puan Shida. Kursus ini bertujuan untuk memperkenalkan penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam penulisan dokumen dan laporan kerajaan melalui aplikasi ChatGPT, QuillBot dan beberapa perisian serta aplikasi AI yang dapat memberikan pendedahan tentang bagaimana teknologi AI boleh digunakan untuk menghasilkan tugasan penulisan dokumen berkualiti tinggi dengan cara mudah dan tepat yang bersesuaian dalam konteks jabatan serta agensi kerajaan.

Selain itu, kursus ini akan memberikan impak kepada pegawai PERDA untuk menambah kemahiran menggunakan teknologi terkini bagi menyokong pelaksanaan tugas rasmi, meningkatkan tahap kecekapan dalam menghadapi cabaran teknologi digital masa hadapan, memperbaiki gaya penulisan yang menjadikan struktur ayat lebih jelas, padat dan sesuai dengan format tatabahasa yang diperlukan serta melatih peserta untuk memperbaiki dan menghasilkan dokumentasi mengikut etika yang sesuai dengan standard kredibiliti penulisan rasmi.

Kursus ini telah berjalan lancar dan diharapkan semua peserta dapat memanfaatkan dan menerapkan ilmu baharu yang diperolehi dalam pelaksanaan kerja hakiki dan juga kehidupan seharian.

GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2024

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2025 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.