28 Julai 2024 | Bertam Resort, Pulau Pinang
Majlis Perasmian dan Pelancaran Program Rural Apprentice Entrepreneurship PERDA (PREP) telah diadakan pada 28 Julai 2024 bertempat di Bertam Resort, Pulau Pinang. Majlis ini telah disempurnakan oleh Pengerusi PERDA, YBhg. Dato' Ir. Dr. Shaik Hussein bin Mydin dan turut dihadiri oleh Pengurus Besar PERDA, YBhg. Dato' Haji Mohd Asri Baharum.

PREP merupakan satu inisiatif yang dirancang untuk memberi peluang kepada masyarakat Pulau Pinang bagi menjana pendapatan tambahan kepada usahawan baharu yang mempunyai kecenderungan, minat dan kesungguhan untuk menjadikan perniagaan sebagai sumber pendapatan tambahan.
Program ini berkonsepkan “Experiental Learning (ExL)” iaitu peserta akan dilatih oleh tenaga pengajar yang mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam skop bidang yang telah ditentukan. Pengendalian program ini ditentukan melalui dua (2) kaedah iaitu “Hands On Learning” (secara fizikal) dan “Situated Learning” (secara teori / kursus / bengkel) yang akan dikendalikan oleh mentor terpilih.
Objektif pelaksanaan PREP ini adalah untuk mewujudkan kumpulan usahawan setempat dan bergerak (mobile) bagi menjalankan perniagaan dalam skop bidang terpilih. Selain itu, program ini dapat membantu dan membimbing peserta meningkatkan pendapatan melalui bidang keusahawanan dan ilmu literasi kewangan.
Seramai tujuh (7) orang mentor dan 55 orang mentee telah dipilih untuk pelaksanaan Program PREP bagi tahun 2024 ini meliputi tujuh (7) bidang keusahawanan iaitu solekan, industri kafe, pastri & bakeri, gunting rambut muslimah, pembuatan perabot, pempengaruh & tiktokers serta pelancongan & hospitaliti (homestay).
GALERI GAMBAR