Lawatan Rasmi Timbalan Pengerusi PERDA ke Pejabat Gabenor Jawa Barat di Gedung Sate, Bandung

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
8 Oktober 2024   |   Bandung, Indonesia

Pada 8 Oktober 2024, satu lawatan rasmi yang diketuai oleh Timbalan Pengerusi PERDA, Datuk Rashidi Bin Zinol telah diadakan ke Pejabat Gabenor Jawa Barat di Gedung Sate, Bandung.

Delegasi yang terdiri daripada 50 orang peserta seminar termasuk urusetia seminar, bertujuan untuk membincangkan isu-isu penting yang berkaitan pembangunan bandar.

Rombongan PERDA telah disambut oleh Gabenor Jawa Barat, Bapak Bey Triadi Machmudin.Rombongan ini juga telah dibawa untuk melawat Pejabat Walikota dan Command Centre di Badan Komunikasi dan Informatika (Dinas Komunikasi dan Informatika (DISKOMINFO) Kota Bandung.

Perbincangan tersebut berlangsung dalam suasana mesra dan konstruktif. Lawatan ini diakhiri dengan harapan agar kerjasama dapat dilakukan antara dua negara di dalam pelbagai bidang, termasuk pembangunan dan ekonomi.

GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2024

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2025 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.