16 - 18 Februari 2024 | Serdang Lake View, Kedah
Program Kem Belia Aset Negara – We Lead The Future merupakan satu inisiatif di bawah Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) dalam melaksanakan program pembangunan modal insan khusus kepada para belia dalam kalangan luar bandar yang memfokuskan kepada peningkatan kemahiran, kepimpinan, motivasi serta perkembangan potensi diri. Justeru, satu siri Program Kepimpinan Belia Madani telah diadakan pada 16 - 18 Februari 2024 bertempat di Serdang Lake View Resort, Bandar Baharu, Kedah.
Program dilaksanakan dengan bertujuan mencungkil daya kepimpinan para belia menerusi pengwujudan semangat kerjasama dalam pasukan, pengukuhan jati diri, membina keyakinan diri dan memupuk pemikiran positif antara belia. Selain itu, program ini juga adalah untuk menerapkan nilai-nilai murni dalam pembentukan sahsiah para belia agar menjadi insan yang cemerlang pada masa hadapan.
Program ini telah dihadiri seramai 36 orang peserta dalam kalangan para belia di negeri Pulau Pinang.
#perda #merealisasikanharapanrakyat #KKDW #luarbandarsejahtera #mediaperda #perdabantu #penang #beliamalaysia #beliapulaupinang

GALERI GAMBAR