PERDA Santuni Mangsa Banjir di Alor Setar, Kedah

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
7 Disember 2024   |   Alor Setar

PERDA, Agensi di bawah Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah (KKDW) menyahut seruan YBhg. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, menyantuni mangsa banjir yang terjejas di Alor Setar, Kedah.

Seramai 26 orang anggota PERDA yang terdiri daripada anggota MySTEP serta anak syarikat PERDA, PVI Ventures Sdn Bhd terlibat dalam program kemanusiaan tersebut.

Mereka berganding bahu untuk membersihkan kawasan luar dan dalam rumah mangsa yang terjejas. Selain itu, para sukarelawan turut menyampaikan ucapan takziah dan kata-kata semangat kepada keluarga mangsa banjir sebagai sokongan moral.

Aktiviti ini bertujuan meringankan beban mangsa dan membantu mereka pulih dari musibah yang menimpa.

Terima kasih kepada semua yang teribat dalam misi ini.

#MyHero
GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2024

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2025 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.