11 Januari 2024 | Bizmilla Wedding Centre
PERDA pada hari ini mengadakan Majlis Perhimpunan Bulanan bagi bulan Januari 2024 dan Penyampaian Amanat Bersama Pengerusi PERDA bertempat di Bizmilla Wedding Centre, Simpang Ampat.
Majlis yang dihadiri oleh semua anggota kerja PERDA ini dimulakan dengan sesi bacaan Ikrar Rukun Negara dan Akta Rahsia Rasmi sebagai keperluan kepada penjawat awam dalam menjaga keharmonian dan kerahsiaan Kerajaan.
Seterusnya, anggota kerja PERDA disajikan dengan Sesi Coffee Talk Bersama Pengurus Besar, Tuan Haji Mohd Asri bin Baharum yang menerangkan berkenaan hala tuju dan perancangan PERDA sepanjang tahun 2024.
Majis seterusnya dimeriahkan lagi dengan Majlis Amanat Bersama Pengerusi PERDA, YBhg. Dato' Ir. Dr. Shaik Hussein bin Mydin dan 'Kick-Off' Pelaksanaan Projek dan Program PERDA bagi Tahun 2024.
Dalam masa yang sama, majlis turut mengumumkan pemenang bagi Sesi Pembentangan Silang Kumpulan Pengurusan dan Profesional seperti berikut:
1. Bahagian Perancangan Strategik, Unit Pelaburan dan PERDA-TECH (Teras Keusahawanan)
2. Bahagian Perancangan Ekonomi dan Bahagian Pembangunan Insan (Teras Sistem Penyampaian)
3. Bahagian Teknologi Maklumat dan PERDA-TECH (Teras Ekonomi)
4. Bahagian Khidmat Pengurusan dan Bahagian Kewangan (Teras Infrastruktur Asas dan Perumahan)
5. Bahagian Hartanah dan Teknikal (Teras Modal Insan)
GALERI GAMBAR