26 - 27 Oktober 2024 | Hotel Royale Chulan, Pulau Pinang
Bengkel Pemantapan Usahawan Program Rural Apprentice Entrepreneurship PERDA (PREP) Siri 3 dan Majlis Penutup PREP Tahun 2024 telah diadakan pada 26 hingga 27 Oktober 2024 bertempat di Hotel Royale Chulan, Pulau Pinang.
Bengkel ini merupakan siri terakhir bagi Program PREP Tahun 2024 dan diserikan lagi dengan kehadiran Pengurus Besar PERDA, YBhg Dato' Haji Mohd Asri bin Baharum dalam satu sesi libat urus serta amanat daripada YBhg. Dato' sendiri. YBhg. Dato Pengurus Besar juga turut menyempurnakan perasmian Majlis Penutup PREP Bagi Tahun 2024.
PREP merupakan satu inisiatif yang dirancang untuk memberi peluang kepada masyarakat Pulau Pinang bagi menjana pendapatan tambahan khususnya usahawan baharu yang mempunyai kecenderungan, minat dan kesungguhan untuk menjadikan perniagaan sebagai sumber pendapatan tambahan.
Bengkel Pemantapan Usahawan PREP Siri 3 dan Majlis Penutup Bagi Tahun 2024 ini melibatkan para mentee daripada tujuh (7) bidang keusahawanan iaitu solekan, industri kafe, pastri & bakeri, gunting rambut muslimah, pembuatan perabot, pempengaruh & tiktokers serta pelancongan & hospitaliti (homestay).

GALERI GAMBAR