7 September 2024 l Teluk Bahang
Program ini telah diadakan selama tiga (3) hari bermula dari 6 - 8 September 2024 bertempat di Hotel Bahang Bay, Teluk Bahang, Pulau Pinang. Peserta program diberikan pendedahan secara terperinci mengenai konsep pemasaran secara digital.
Objektif pelaksanaan Program Pemasaran Digital (PMD) adalah untuk membantu usahawan desa meningkatkan mutu produk dan hasil jualan menerusi modul-modul yang telah dikenalpasti. Melalui program seperti ini, usahawan dapat meningkatkan kesedaran bagi penjenamaan produk (brand awareness).
Fokus utama penganjuran program ini adalah untuk memastikan usahawan bimbingan PERDA memperoleh pengetahuan dan keterampilan yang diperlukan untuk merancang, melaksanakan dan mengoptimumkan strategi pemasaran di platform digital.
Program diserikan lagi dengan kehadiran YB Dato’ Haji Rashidi Bin Zinol, Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
GALERI GAMBAR