5 Januari 2024 | Ibu Pejabat PERDA
Bahagian Khidmat Pengurusan telah menganjurkan Sesi Pembentangan Silang oleh Pegawai Pengurusan dan Profesional pada hari ini bertempat di Dewan Mutiara Gemilang.
Sesi yang melibatkan sebahagian besar Pegawai Pengurusan dan Profesional ini memerlukan mereka untuk melakukan pembentangan berkenaan bahagian lain berdasarkan kreativiti masing-masing.
Pembentangan dinilai oleh Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan); Puan Noor Hayati binti Ishak dan Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan); Tuan Haji Anuar bin Shahab.
GALERI GAMBAR