Majlis Penyerahan Kunci Projek Taman Ara Jaya, Ara Kuda, Tasek Gelugor

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

30 Ogos 2024    |    Ara Kuda, Tasek Gelugor

PERDA Venture Incoporated Sdn. Bhd. (PVISB) merupakan anak syarikat penuh milik PERDA telah berjaya menyiapkan sebuah lagi projek pembangunan perumahan bercampur mampu milik.

Projek perumahan ini merupakan projek ke–6 yang dibangunkan dapat memberikan manfaat kepada masyarakat di daerah ini khususnya mereka yang berada di dalam golongan berpendapatan sederhana.

Taman Ara Jaya yang merupakan projek pembangunan bercampur dibangunkan di atas tanah seluas 38.33 ekar yang terdiri daripada pelbagai jenis pilihan rumah seperti berikut :-
  • Rumah Teres 1 Tingkat Jenis A dan B sebanyak 363 unit. Harga bermula RM250,000.00 sehingga RM265,000.00;
  • Rumah Berkembar 1 Tingkat sebanyak 12 unit. Harga jualan RM 365,00.00;
  • Rumah Sesebuah 1 Tingkat 3 unit telah dibina. Harga bermula RM450,00.00;
  • 80 unit Kedai Pejabat 2 Tingkat; dan
  • 1 unit Kedai Sesebuah 2 Tingkat juga dibangunkan dengan harga bermula RM 465,00.00 hingga RM 1,000,500.00
Rekabentuk yang moden dan menarik telah diterapkan dalam pembinaan ini supaya dapat memberikan kepuasan dan keselesaan yang maksimum kepada pemilik bersama keluarga tersayang serta dikelilingi suasana kejiranan yang harmoni.

Antara kemudahan yang disediakan ialah dewan, surau, dan kawasan lapang. Semua jenis rumah kediaman untuk projek ini telah habis dijual.

PVISB telah menyiapkan sebanyak 4346 unit perumahan. Bagi projek sedang dibina adalah sebanyak 4021 unit. Manakala di dalam perancangan pembangunan sehingga tahun 2030, sebanyak 7,183 unit perumahan bercampur bakal dibangunkan. (Angka ini tidak termasuk bilangan kedai pejabat yang dibangunkan bagi setiap projek).

Majlis telah dirasmikan oleh YB Datuk Hajah Rubiah Haji Wang, Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah. Turut hadir bersama, YBhg. Datuk Wira. Ir. Dr. Shaik Hussein Mydin, Pengerusi PERDA, YBhg. Dato' Haji Mohd Asri Baharum, Pengurus Besar PERDA, YBrs. Encik Hakmal Effendi Ishak, Pengarah Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan, Ahli- ahli Lembaga Pengarah PERDA dan ketua-ketua jabatan.

Pada majlis ini turut diadakan upacara penyerahan kunci kepada pemilik kediaman simbolik kepada pembinaan projek yang telah siap dibina.

 
GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2024

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2025 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.