6 -7 November 2024 | USM, Gelugor, Pulau Pinang
PERDA sedang membangunkan kerjasama dengan Universiti Sains Malaysia (USM) bagi pelaksanaan beberapa program/projek pembangunan sosio ekonomi khususnya dalam konteks pengkomersialan produk, inovasi dan teknologi untuk manfaat beberapa kumpulan sasar di Negeri Pulau Pinang. Sebagai salah satu rakan strategik, PERDA telah menyertai Program USM INNOZILLA 2024 yang diadakan pada 6 hingga 7 November 2024 bertempat di Kampus USM, Gelugor, Pulau Pinang.
Objektif program USM INNOZILA ini adalah bagi mempamer serta mempertandingkan hasil inovasi produk/perkhidmatan yang dibangunkan oleh pihak USM, IPT, pemain industri dalam bidang teknologi/inovasi dan lain-lain pihak berkepentingan di seluruh Malaysia. Di samping itu, program ini turut diisi dengan aktiviti promosi jualan produk usahawan serta pelbagai acara menarik untuk manfaat pengunjung di pelbagai peringkat.
Majlis Perasmian USM Innozilla 2024 telah diadakan pada 6 November 2024 bertempat di Dewan Utama Pelajar, USM. Majlis ini telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri 2 Pulau Pinang, YB Tuan Jagdeep Singh Deo. Dalam majlis ini juga turut diadakan sesi pertukaran dokumen Memorandum Persefahaman (MoU) antara USM dan PERDA. Pihak USM diwakili oleh Naib Canselor USM, YBhg. Dato’ Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed, FASc. manakala PERDA pula diwakili oleh Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) PERDA, Tuan Haji Anuar bin Haji Shahab.
GALERI GAMBAR