Lonjakan SPM 2024

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
5 Oktober 2024   |   MPC, Kepala Batas

PERDA memulakan Bengkel Lonjakan SPM 2024 bagi subjek Fizik pada hari ini yang melibatkan seramai 80 orang pelajar dari 25 buah sekolah tajaan PERDA.

Bengkel yang diadakan di MPC, Kepala Batas ini dikendalikan oleh lima orang guru berpengalaman bagi mempersiap para pelajar dengan teknik menjawab kertas peperiksaan SPM yang bakal diadakan kelak.

YBrs. Tuan Haji Anuar Bin Shahab, Timbalan Pengurus Besar Pembangunan PERDA turut melakukan tinjauan perjalanan bengkel ini.

Semoga bengkel ini dapat membantu para pelajar ini memperoleh keputusan yang baik dan sekali gus mengharumkan nama sekolah masing-masing.

 
GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2024

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2025 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.