23 April 2024 | Pusat Konvensyen PERDA, Kubang Menerong
Majlis ini adalah bertujuan sebagai meraikan Sambutan Hari Raya Aidilfitiri bersama Ketua-Ketua Jabatan, ALP PERDA, ALP PVISB, pesara-pesara PERDA, kakitangan PERDA dan PVISB dan sekitar komuniti setempat serta tetamu yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dengan aktiviti-aktiviti dan program-program PERDA serta masyarakat setempat khususnya di Pulau Pinang yang menerima manfaat daripada PERDA bagi merapatkan ukhwah dan silaturrahim antara semua.
Dalam majlis ini juga, Pengerusi PERDA, Dato' Ir. Dr. Shaik Hussein bin Mydin bersama-sama Pengurus Besar PERDA, Tuan Haji Mohd Asri bin Baharum berbesar hati untuk menyampaikan sumbangan duit raya kepada 78 orang pelajar dari Ma’had Adda’wah Al-Islamiyyah Pulau Pinang, Padang Menora, Tasek Gelugor .
Salam Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.
GALERI GAMBAR