5 Julai 2024 | Simpang Ampat
Pelaksanaan Program PERDA Santuni Komuniti Madani #PERDA Di Hati kali ini merupakan siri kelima bagi tahun 2024 ini.
Sepertimana pelaksanaannya sebelum ini, program PERDA Santuni Komuniti Madani ini merupakan salah satu inisiatif daripada pihak PERDA dalam usaha untuk membantu dan mensejahterakan masyarakat khususnya komuniti luar bandar.
Program ini dilaksanakan khusus bersama komuniti dengan pendekatan mendekati kumpulan sasar ini agar turut sama menerima manfaat serta informasi terkini berkenaan inisiatif dan perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan.
Disamping itu, program ini juga merupakan inisiatif PERDA untuk turun padang bagi merapatkan hubungan agensi dengan masyarakat serta menjadi platform menghebahkan pelbagai program dan aktiviti PERDA kepada golongan sasar.
GALERI GAMBAR