Delegasi PERDA Lakukan Lawatan Ke KEJORA

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
2 Disember 2024   |   Bandar Penawar, Johor

Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) telah mengadakan lawatan ke Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) bagi tujuan perkongsian mengenai pembangunan KEJORA serta pelaksanaan MyPerformance.

Delegasi PERDA, yang terdiri daripada 18 orang wakil Bahagian Khidmat Pengurusan, diketuai oleh YBrs. En. Amir Amri bin Ahmat, Pengurus Khidmat Pengurusan. Delegasi tersebut telah diberi taklimat oleh En. Mohd Hanafi bin Jantan, Pengurus Perancangan Strategik KEJORA, mengenai pelbagai pembangunan di bawah agensi tersebut.

Selain itu, En. Mohd Ashek bin Mohd Hassan, Pengurus Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia KEJORA, turut berkongsi maklumat berkaitan pelaksanaan MyPerformance.

Delegasi PERDA turut dibawa mengunjungi beberapa lokasi ikonik di bawah pengurusan KEJORA, termasuk Muzium Nelayan Tanjung Balau, Pantai Tanjung Balau, serta Tapak Geologi Tanjung Balau. Lawatan ini memberikan peluang kepada delegasi untuk melihat dengan lebih dekat hasil pembangunan yang telah dilaksanakan oleh KEJORA.

Semoga sesi lawatan dan perkongsian ilmu ini dapat memberikan manfaat yang besar kepada kedua-dua pihak, sekaligus memperkukuhkan kerjasama antara PERDA dan KEJORA dalam memacu pembangunan wilayah masing-masing.

Foto : Bahagian Khidmat Pengurusan
GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2024

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2025 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.