03 Mac 2024 | Kampung Sungai Setar, SPS, Pulau Pinang
Program Visit My Kampung (VMK) bermula pada tahun 2022 dengan bertujuan untuk membantu semula industri pelancongan Homestay Bumiputera Pulau Pinang bergiat aktif selepas terkesan dengan pandemik Covid-19.
Tujuan utama Program VMK adalah sebagai suntikan booster kepada industri pelancongan homestay Bumiputera Pulau Pinang untuk bergerak aktif selepas terkesan dengan pandemik Covid-19.
Selain itu, Program VMK ini juga merupakan platform promosi kepada homestay untuk memperkenalkan servis dan produk pengusaha homestay untuk diketengahkan. Disamping dapat mewujudkan jaringan antara pengusaha homestay bersama agensi kerajaan mahupun agen pelancongan swasta sekaligus ianya dapat membuka peluang ekonomi tempatan kepada komuniti setempat untuk mendapat faedah limpahan ekonomi daripada aktiviti pelancongan homestay.
Program Visit My Kampung Homestay Sungai Setar @PERDA yang telah dilaksanakan pada 3 Mac 2024 merupakan siri ketiga jelajah VMK selepas dilaksanakan di Homestay Pulau Betong dan Homestay Kota Aur pada tahun 2022.
Program VMK ini dilaksanakan dibawah inisiatif Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dibawah Program My Desa My Destination (MDMD). Pelbagai aktiviti tradisi turut dimainkan semula seperti Pertandingan Pukul Bantal, Pertandingan Wau, Pertandingan Tuju Kasut dan banyak lagi.
Program Visit My Kampung Homestay Sungai Setar @PERDA telah dirasmikan oleh YB Tuan Rashidi bin Zinol, Timbalan Pengerusi PERDA merangkap EXCO Perdagangan, Pembangunan Usahawan dan Luar Bandar Pulau Pinang.

GALERI GAMBAR