Perasmian Pusat Latihan Teknikal Perodua (Basic Skill DOJO) @ PERDA-TECH

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
2 Julai 2024    |    PERDA-TECH

Perasmian Pusat Latihan Teknikal PERODUA (Basic Skill DOJO) @PERDA-TECH dengan kerjasama PERDA dan PERODUA dalam bidang Teknologi Automotif di PERDA-TECH telah berlangsung pada 2 Julai 2024 yang lalu.

Perasmian telah disempurnakan oleh YAB. Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah (KKDW).

PROGRAM PERODUA BASIC DOJO

Program Perodua Basic DOJO merupakan pembelajaran dan pembangunan yang disediakan oleh PERODUA kepada semua pelajar PERDA-TECH bagi memastikan pelajar bersedia untuk menghadapi cabaran industri automotif dengan membangunkan pelajar supaya menjadi profesional, cekap dan berkelayakan.

Skop program termasuk latihan korporat dan teknikal yang memfokuskan pada kecekapan asas, teras serta fungsian yang disesuaikan kepada pelajar untuk digunakan semasa bekerja di semua peringkat.

Program Perodua Basic DOJO di Pusat Latihan Teknikal PERODUA PERDA-TECH telah dilengkapi dengan pelbagai bahan dan kelengkapan latihan seperti modul pembelajaran, teori dan teknikal, simulator sistem penyaman udara automotif, simulator enjin kereta jenis Myvi dan Bezza serta simulator sistem brek dan stereng. Terdapat juga kereta jenis Ativa dan Bezza yang digunakan sebagai simulator kenderaan sebenar.

Bagi melengkapkan lagi Pusat Latihan Teknikal PERODUA PERDA- TECH dengan bahan latihan yang terkini, PERODUA akan menyediakan tambahan sebuah kereta jenis Ativa Turbo dan enjin jenis Myvi untuk digunakan sebagai kenderaan latihan.

PENERIMA MANFAAT

Jumlah penerima manfaat daripada jalinan kerjasama PERDA dengan PERODUA mulai 2016 hingga Jun 2024 adalah seperti pecahan berikut :-
  • 50 orang graduan sijil dan 40 orang graduan Diploma Teknologi Automotif PERDA-TECH telah ditawarkan pekerjaan sebagai servis advisor dan mekanik di Pusat-Pusat Servis Kenderaan PERODUA di seluruh Malaysia.
  • 600 pelajar lepasan sijil dan diploma automotif PERDA-TECH telah mendapat pendedahan teknologi dari PERODUA
  • 5,270 orang kakitangan PERODUA telah mengikuti kursus dalam pelbagai bidang di Pusat Latihan Teknikal PERODUA Wilayah Utara di PERDA-TECH.

IMPAK
  • Peningkatan kadar kebolehpasaran graduan PERDA-TECH dan memenuhi keperluan pasaran kerja
  • Peningkatan kualiti bidang latihan kemahiran di PERDA-TECH
  • Peningkatan kemahiran pelajar, tenaga pengajar PERDA-TECH dan pekerja PERODUA
  • Perluasan jaringan perkongsian strategik, hubungan dan koloborasi PERDA dengan industri
  • Pemindahan teknologi terkini industri automotif kepada pelajar dan tenaga pengajar PERDA-TECH
  • Peningkatan imej PERDA-TECH sebagai pusat latihan kemahiran yang diiktiraf oleh PERODUA
GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2024

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2024 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.