20 - 22 Ogos 2024 | Hotel Bahang Bay, Teluk Bahang
Kursus Komunikasi Berkesan Dalam Perniagaan Di Bawah Program Business Transformation Training (B2T) 2024 telah berlangsung pada 20 hingga 22 Ogos 2024 bertempat di Hotel Bahang Bay, Teluk Bahang, Pulau Pinang.
Objektif kursus adalah membantu usahawan untuk memahami kepentingan komunikasi dalam kerjaya keusahawanan dan membina perhubungan profesional.
Selain itu, ia juga bertujuan untuk memberi pendedahan dan penggunaan laras bahasa dan skrip positif dalam komunikasi perniagaan sama ada secara bertulis atau pun lisan serta mengamalkan etiket bisnes dan adab dalam berkomunikasi secara profesional dengan pihak berkepentingan.
Kursus ini juga mendedahkan teknik dan cara untuk mengurangkan kesalahfahaman dan meningkatkan komunikasi dua hala dan mengetahui dan mengamalkan ciri-ciri komunikasi yang efektif.
Majlis telah dirasmikan oleh Encik Mohamad Hazahari bin Md Haris, Pengurus Pembangunan Ekonomi PERDA.
#perda #merealisasikanharapanrakyat #mediaperda #KKDW #luarbandarsejahtera #usahawanperda #programperda #perdabantu #aktivitiperda
.jpg)
Kursus Komunikasi Berkesan Dalam Perniagaan Di Bawah Program Business Transformation Training (B2T) 2024
- Hits: 407
GALERI GAMBAR