12 September 2024 l Georgetown
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua sekolah yang mengambil bahagian dalam Pertandingan Robotik Kebangsaan 2024 Peringkat Negeri Pulau Pinang yang diadakan di SJKC Shang Wu pada hari ini.
Sekolah tajaan PERDA iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Tok Jaya berjaya meraih tempat ke-3 bagi Kategori Robomission Rookie (Lower) manakala Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Haji Abdul Kadir dan Sekolah Menengah Kebangsaan Pauh Jaya berjaya menduduki tempat ke-4 dan ke-5.
Bagi Kategori Robomission Pro (Lower) pula sekolah tajaan PERDA yang menduduki tempat yang terbaik ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Empat (ke-6) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Pasir (ke-7).
Secara keseluruhannya, sekolah-sekolah tajaan PERDA menunjukkan peningkatan prestasi berbanding tahun sebelumnya.
GALERI GAMBAR