28 Februari 2024 | PERDA-TECH
Pusat Islam PERDA-TECH dan Sekretariat Kebajikan PERDA-TECH dengan kerjasama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM Pulau Pinang) telah menganjurkan sebuah forum Israk Dan Mikraj: Realiti Atau Fantasi.
Forum ini dikendalikan oleh Cik Aminah binti Mohd Zamri (YADIM) bersama dua orang ahli panel jemputan khas dari YADIM iaitu Ustaz Abdul Malik bin Abdullah dan Da'ie Muda Yadim (DMY) Khairul Aizat bin Yusoff.
Turut hadir Puan Saidatul Izzat Binti Mohd Shukri Penolong Pengarah Kanan Hal Ehwal Akademik PERDA-TECH dan Encik Mohamad Nazreen Bin Abdul Rasid Penolong Pengarah Centre Of Advance Skills PERDA-TECH.
Tujuan forum ini diadakan adalah untuk memberi informasi dan maklumat yang sewajarnya berkenaan dengan peristiwa agung iaitu Perjalanan Nabi Muhammad S.A.W dari Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa yang seterusnya ke Sidrah al-Muntaha bagi menerima perintah solat dari Allah S.W.T.
Pengkisahan Israk dan Mikraj adalah sebahagian dari perkara Sam'iyyat yang wajib diimani oleh sekalian muslim. Oleh kerana, peristiwa ini menjadi titik lonjakan kepercayaan umat Islam pada zaman Rasulullah S.A.W. Sehingga mengakibatkan pengingkaran sebahagian musyrikin Quraisy terhadap peristiwa ini.
Walhasil, generasi umat Islam hari ini seharusnya membina keyakinan iman mereka dengan mendengar, mempelajari dan menyebarkan kisah Israk dan Mikraj ini sebagai tanda mencintai perjuangan dakwah Nabi Muhammad S.A.W.
GALERI GAMBAR