Kursus Asas Pembaikan Telefon Bimbit oleh Bahagian Pembangunan Insan, PERDA

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

9 Ogos 2024   |   Vouk Hotel, Pulau Pinang

Menyedari betapa permintaan terhadap industri ini semakin meningkat & berkembang, PERDA melalui Seksyen Kesejahteraan Masyarakat, Bahagian Pembangunan Insan, PERDA, telah mengambil inisiatif awalan sebagai batu lonjakan kepada individu-individu yang berminat menceburkan diri dalam perniagaan telekomunikasi khususnya dalam konteks pembaikan telefon bimbit.

Bertempat di Vouk Hotel, Pulau Pinang, seramai 30 peserta dari kalangan belia telah dipilih untuk menyertai Kursus Asas Pembaikan Telefon Bimbit pada 9 hingga 11 Ogos 2024 yang dibimbing oleh tenaga pengajar yang berpengalaman lebih 20 tahun dalam bidang pembaikan telefon bimbit.

Program ini telah dirasmikan oleh Penolong Pengurus Kesejahteraan Masyarakat, Encik Firdaus Fadli Noordin pada 11 Ogos 2024.

Program ini mengumpulkan belia dari seluruh negeri Pulau Pinang yang dipilih oleh kepimpinan tempatan, hadir ke kursus selama 3 hari ini dengan niat untuk menambah ilmu berkaitan perkara yang perlu diketahui bagi membuka perniagaan membaiki telefon bimbit.

Rata-rata peserta yang hadir menyatakan rasa puas hati terhadap perjalanan kursus yang dijalankan dan berharap agar kursus ini dapat diteruskan lagi ke peringkat lebih tinggi khususnya bagi peserta yang telah pun mempunyai perniagaan membaiki telefon bimbit.

PERDA berharap dengan adanya kursus-kursus begini, dapat membantu melahirkan lebih ramai pengusaha-pengusaha industri telefon bimbit yang semakin mendapat permintaan tinggi sekaligus membantu para belia untuk meningkatkan taraf sosioekonomi belia Malaysia.

Foto : Mannan Jamaluddin 
GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2024

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2024 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.