21 September 2024 l MAEPS, Serdang, Selangor
Laman Usahawan Desa @ KKDW hari ini diserikan lagi dengan kehadiran YB Dato' Haji Rashidi Zinol (EXCO Kerajaan Negeri Pulau Pinang) bersama YBhg. Dato' Haji Mohd Asri Baharum (Pengurus Besar PERDA).
Seramai 12 usahawan bimbingan PERDA telah dipilih untuk menyertai program promosi bermula pada 19 hingga 22 September 2024.
Terdapat pelbagai produk Pulau Pinang yang terdiri dari makanan, fesyen dan produk kesihatan dijual di Laman Usahawan Desa @ KKDW bersempena program MAHA 2024.
Pengunjung ke Laman Usahawan Desa @ KKDW juga dimeriahkan lagi dengan persembahan Boria Pulau Pinang, demo roti canai & teh tarik serta persembahan magik.
GALERI GAMBAR