8 Mei 2024 | PERDA-TECH
Pegawai dan Panel Jabatan Pembangunan Kemahiran telah mengadakan Lawatan Penilaian Penentusahan Program Latihan Kemahiran Berasaskan Kod Amalan Pentauliahan Program TVET (COPTPA) di Institut Kemahiran Tinggi PERDA (PERDA-TECH) pada 08 Mei 2024 yang lalu.
Lawatan Panel Penilaian ini adalah bertujuan untuk Penentusahan Pentauliahan Program Latihan Kemahiran berasaskan COPTPA bagi program Sijil Teknologi Kimpalan.
Seramai 3 orang panel telah hadir untuk melakukan semakan dokumen dan fizikal bagi mengesahkan program layak ditauliahkan.
GALERI GAMBAR