27 September 2024 | Midtown PERDA, Kubang Menerong
Majlis telah dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama, Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi Bin Haji Abdul Razak, Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang pada 27 september 2024.
Ekspo PERDA (EXPERT) 2024 diperkenalkan bertujuan untuk mempromosikan produk keluaran usahawan khususnya usahawan luar bandar Pulau Pinang. Penganjuran ekspo memberi ruang secara menyeluruh kepada usahawan yang menjalankan perniagaan mahupun yang baru menceburi bidang keusahawanan.
Penganjuran EXPERT tahun ini bertemakan ‘Inspirasi Lokal, Transformasi Global’. Pada kali ini melibatkan sebanyak 252 reruai yang terdiri pelbagai kategori perniagan yang ditawarkan sepanjang EXPERT 2024 antaranya ialah produk makanan dan minuman, perkhidmatan, pertanian, automotif, kosmetik, produk kesihatan, kraftangan serta kelengkapan rumah.
EXPERT 2024 menyasarkan penyertaan lebih 250 usahawan dengan nilai jualan serta pemerolehan kontrak berjumlah RM1.7 juta dengan kehadiran lebih 75,000 pengunjung.
Pada masa kini, pemasaran secara digital menjadi norma baharu dalam perniagaan. Para usahawan perlu mempunyai strategi dan kemahiran agar memberi impak yang berkesan dalam perniagaan.
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) telah menyediakan banyak kursus dan bimbingan digital menerusi Program Pendigitalan Usahawan Desa bagi membantu usahawan luar bandar dalam memasar dan menambah baik kualiti produk sebagai persediaan memulakan perniagaan dalam talian.
Bagi mengembangkan lagi perniagaan serta meluaskan pasaran produk dan perkhidmatan usahawan luar bandar yang berasaskan e-Dagang, kementerian ini turut menjalinkan kerjasama dengan pelbagai pihak yang membangunkan platform dalam talian seperti Presto, WOWShop, Shopee, Lazada, Youbeli, StoreHub, Food Panda, Grab dan Beep.
Selain itu, para usahawan juga digalakkan mengambil peluang inisiatif program Alibaba Cloud di Malaysia yang dapat membantu membangunkan Model Kecerdasan Buatan (AI) yang sesuai dengan perusahaan kecil dan sederhana tempatan.
Kementerian juga berharap dengan penguasaan kemahiran digital ini, ia mampu merapatkan jurang digital antara bandar dan luar bandar, seterusnya membantu usahawan luar bandar untuk meningkatkan produktiviti, kecekapan dan sebagai kesediaan menjalankan perniagaan secara dalam talian selaras dengan situasi ekonomi semasa.
Kementerian juga menyarankan, khusus kepada usahawan-usahawan luar bandar betapa pentingnya di dalam perancangan perniagaan perlu memiliki pensijilan halal terhadap produk-produk keluaran mereka. Ia langkah persiapan untuk para usahawan keluar daripada kepompong pasaran domestik dan turut menyasarkan pasaran yang lebih besar di luar negara.
Para usahawan juga perlu perkukuhkan hubungan antara usahawan lain serta agensi-agensi kerajaan agar tidak terlepas maklumat berkaitan bantuan serta peluang yang disediakan oleh kerajaan.
Diharapkan platform EXPERT 2024 ini mampu membantu usahawan untuk mengembangkan perniagaan masing-masing ke peringkat lebih tinggi lagi.
Majlis turut dihadiri oleh YB Dato' Haji Rashidi Bin Zinol, Exco Perdagangan, Pembangunan Keusahawanan dan Luar Bandar Negeri Pulau Pinang, YBhg. Dato’ Dr. Roslan bin Mahmood, Setiausaha Bahagian Kanan (Khidmat Pengurusan) Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah mewakili, Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, YBhg. Datuk Wira Ir. Dr. Shaik Hussein bin Mydin, Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA), YBhg. Dato' Haji Baderul Amin Bin Abdul Hamid, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seberang Perai, YBhg. Tan Sri Khalid bin Ramli, Pengerusi Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang, YBhg. Dato' Haji Mohd Asri bin Baharum, Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA).

GALERI GAMBAR