7 - 8 September 2024 l Hotel Raia Bayan Lepas
Menyedari akan kepentingan membantu meningkatkan kemahiran modal insan dalam bidang yang boleh menjana pendapatan masyarakat khususnya di negeri Pulau Pinang, PERDA melalui Seksyen Kesejahteraan Masyarakat, Bahagian Pembangunan Insan, PERDA, telah mengambil inisiatif menganjurkan kursus asas jahitan dan sulaman untuk surirumah khususnya golongan wanita Pulau Pinang sebagai salah satu dari bidang kemahiran bagi membantu meningkatkan ekonomi masyarakat.
Bertempat di Raia Inn Hotel, Bayan Lepas, Pulau Pinang, seramai 30 peserta dari seluruh negeri Pulau Pinang telah dipilih untuk menyertai Kursus Asas Jahitan dan Sulaman pada 7 dan 8 September 2024 yang dibimbing oleh tenaga pengajar yg sangat berpengalaman dalam bidang pembaikan sulaman dan jahitan. Program ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pengurus Besar Pembangunan PERDA, Tuan Haji Anuar bin Haji Shahab.
Program selama 2 hari ini dilaksanakan dengan niat untuk menambah kemahiran menjahit dan menyulam, dan antara modul yang diajar termasuklah modul pembuatan tissue pouch dan sejadah mini oleh tenaga pengajar yang dijemput khas dan berpengalaman mengendalikan kursus-kursus seumpamanya di seluruh negara.
Rata-rata peserta yang hadir mempamerkan kesungguhan terhadap ilmu yang dicurahkan dan dapat dilihat komitmen para peserta terhadap perjalanan kursus dari mula hingga kursus berakhir.
PERDA berharap dengan adanya kursus-kursus sebegini, akan dpt membantu menambahkan kemahiran para peserta sekaligus dengan kemahiran tersebut dapat meningkatkan taraf sosioekonomi rakyat Pulau Pinang khususnya daripada golongan wanita.
Majlis penutupan program ini telah disempurnakan oleh Cik Nor Hafizah bt Othman, selaku Ahli Lembaga Pengarah, PERDA Venture Inc. Sdn Bhd (PVISB) pada 8 September 2024 dan turut dihadiri oleh Pengurus Pembangunan Insan, Cik Massuria bt Mat Husin.
GALERI GAMBAR