24 Ogos 2024 | Sungai Duri
Perjumpaan sulung bersama Pengurus Besar PERDA, YBhg. Dato’ Haji Mohd Asri bin Baharum bersama kepimpinan Kampung Sungai Duri bagi Program Satu Pemimpin Satu Kampung (Santuni Madani) pada hari ini.
Program Satu Pemimpin Satu Kampung (Santuni Madani) ini merupakan program di bawah seliaan ICU JM dan telah direalisasikan berdasarkan hasrat YAB Perdana Menteri Malaysia untuk melaksanakan setiap pemimpin dikehendaki menjaga sebuah kampung. Hasrat ini telah disampaikan sewaktu perjumpaan YAB PM bersama pemimpin masyarakat pada 5 Mei 2024 yang lalu. Garis Panduan Program Santuni Madani ini telah diluluskan oleh Mesyuarat Jemaah Menteri pada 12 Jun 2024 untuk dilaksanakan.
YBhg. Dato’ Pengurus Besar PERDA telah diluluskan oleh ICU JPM untuk menjaga Kampung Sungai Duri sebagai kampung angkat untuk program ini. Objektif utama program ini adalah memperkayakan sikap cakna pemimpin untuk menyantuni dan menjadi suri teladan kepada kampung angkat selain meningkatkan potensi kampung dan keupayaan masyarakat melalui libat urus pemimpin bersama penduduk dengan prinsip Localized Sustainable Development Goals (SDG).
Perjumpaan sulung ini turut dihadiri oleh Pengurus Pembangunan Ekonomi, YBrs. Encik Mohamad Hazahari bin Md Haris.
GALERI GAMBAR