16 September 2024 l Dewan Millenium, Kepala Batas
Syukur dan tahniah kepada Kontinjen Perbarisan Kawad Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) atas kemenangan Naib Johan bagi Kategori Sektor Awam sempena Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan ke-67 Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2024.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama Ahmad Fuzi Bin Haji Abdul Razak, Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang sempena Sambutan Hari Malaysia Peringkat Negeri Pulau Pinang 2024 di Dewan Millenium, Kepala Batas dekat sini sebentar tadi.
Turut hadir bersama, YAB Tuan Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang. YBhg. Dato' Haji Mohd Asri Baharum, Pengurus Besar PERDA telah menerima hadiah pada majlis tersebut.
Tidak dilupakan, ucapan ribuan terima kasih kepada pengurusan Masjid Al Muhajirin Bandar Seberang Jaya kerana sudi membenarkan kontinjen PERDA menggunakan perkarangan masjid sebagai tempat latihan.
Tahniah kepada semua ahli kontinjen dan jawatankuasa yang terlibat secara langsung dan tidak langsung serta seluruh warga kerja PERDA yang sentiasa menyokong penuh kontinjen PERDA pada tahun ini.