Sesi Pengurus Besar bersama kontinjen PERDA

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

26 Ogos 2024    |    Seberang Jaya

YBhg. Dato' Haji Mohd Asri Baharum telah meluangkan masa ke sesi latihan kawad kontinjen PERDA sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2024 di Perkarangan Masjid Seberang Jaya.

Beliau turut memberi kata- kata semangat kepada 70 anggota kerja PERDA terlibat dalam perbarisan ini. PERDA telah menjuarai acara perbarisan pada tahun 2023 dalam kategori Sektor Awam.

Jom sama- sama memberi sokongan kepada kontinjen PERDA pada 31 Ogos 2024 bersempena Sambutan Hari Kebangsaan 2024 Peringkat Negeri Pulau Pinang.

PERDA juga merakamkan ribuan ucapan terima kasih kepada pengurusan Masjid Al Muhajirin Bandar Seberang Jaya kerana sudi membenarkan pihak PERDA menggunakan perkarangan masjid sebagai tempat latihan kawad.

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada sambutan bersejarah ini! Mari kita bersama-sama meraikan Hari Kebangsaan dengan penuh semangat dan patriotisme!

PERDA Boleh!

GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2024

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2025 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.