10 – 12 Jun 2024 | Riverbug Gopeng, Perak
Untuk makluman, pelaksanaan program dan projek pembangunan PERDA banyak melibatkan kerjasama dan penglibatan ramai masyarakat dan penduduk khususnya dalam negeri Pulau Pinang.
Sehubungan itu, Unit Perhubungan Awam ingin mengambil inisiatif bagi melaksanakan program yang mampu untuk membentuk keperibadian dan semangat kerjasama kearah menyampaikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat khususnya kumpulan sasar PERDA.
Program ini juga bertujuan untuk memberi kefahaman kepada anggota PERDA mengenai projek dan aktiviti pembangunan yang dilaksanakan supaya dapat dihebahkan kepada masyarakat melalui pelbagai medium promosi yang bakal dilaksanakan.
Program yang dirancang ini akan melibatkan para peserta dalam kalangan anggota PERDA yang merupakan salah satu tonggak dalam pembangunan.
Secara dasarnya, objektif pelaksanaan program ini adalah bertujuan untuk :-
Secara dasarnya, objektif pelaksanaan program ini adalah bertujuan untuk :-
- Menyediakan anggota kerja yang mampu untuk menjalankan tugas-tugas hebahan dan promosi projek dan aktiviti pembangunan PERDA kepada masyarakat;
- Melatih para peserta dengan ilmu dan teknik promosi agar dapat digunakan dalam hebahan kepada masyarakat;
- Mewujudkan pasukan yang boleh menjadi penghubung di antara PERDA dan masyarakat; dan
- Membentuk jati diri yang kukuh dikalangan peserta bagi menghadapi apa jua cabaran semasa menjalankan aktiviti promosi dan hebahan.
GALERI GAMBAR