Oleh Malinda Abdul Malik - KEPALA BATAS – Lembaga Kemajuan Pulau Pinang (PERDA) meneruskan usaha menyantuni komuniti luar bandar menerusi pelaksanaan program Perda Santuni Komuniti Madani.
Pengurus Besar PERDA, Mohd Asri Baharum berkata, program berkenaan merupakan satu daripada inisiatif PERDA dalam usaha untuk membantu dan mensejahterakan masyarakat.
Jelas beliau, banyak informasi dan maklumat dapat disampaikan kepada masyarakat luar bandar berkenaan program dan projek yang memberi manfaat kepada mereka serta manjana pengetahuan komuniti setempat.
“Menerusi program sama, kita juga mengambil inisiatif mengumpulkan input daripada masyrakat luar bandar agar ia dapat diguna pakai dalam penambahbaikan pelan strategik PERDA pada masa depan demi kesejahteraan semua rakyat.
Sebanyak 600 ekor ayam mentah telah dijual kepada pengunjung yang hadir dengan 300 ekor daripadanya dijual pada harga RM5 seekor menerusi slot Jualan Happy Hour, yang diberikan subsidi tambahan oleh Reezal Merican.
Turut dijual 600 kampit beras tempatan 10 kilogram pada harga RM23 serta 150 kampit beras import pada kadar RM13 bagi lima kilogram. – MalaysiaGazette
Sumber Artikel : MalaysiaGazette

GALERI GAMBAR