11 Oktober 2024 | Ibu Pejabat PERDA
Hari Sukan Negara merupakan agenda nasional dengan hasrat membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat. Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) turut menyahut seruan dan hasrat kerajaan untuk sama-sama menjayakan Hari Sukan Negera 2024 dengan mengadakan Hari Sukan Negara 2024 Peringkat Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA).
Program ini telah dirasmikan oleh Ybhg. Datuk Haji Mohd Asri bin Baharum, Pengurus Besar PERDA. Bermula dengan acara "Brisk Walk" sejauh 1.4 km disebelah awal pagi, diikuti dengan pelbagai acara sukaneka seperti Kejohanan Ping Pong, Dart, E-Sport dan empat acara sukan tradisional seperti "Talam Qarun", "Geram Sangat", "Air Boom", serta "Senduk Beracun".
Acara penutup dimeriahkan dengan Senam Robik. Tema Hari Sukan Negara 2024 adalah 'Cergas Bersama'. Pelaksanaan Hari Sukan Negara ini di harap akan terus menjadi pemacu kepada rakyat Malaysia untuk membudayakan sukan sebagai gaya hidup demi kesejahteraan dan kesepaduan nasional serta menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sukan (sporting nation).
GALERI GAMBAR